Saturday 13 July 2013

Graduan Ramadhan




Alhamdullilah...

Ramadhan datang lagi ^^





Hari ni, aku nak share something dengan pembaca semua macam mana kita nak jadi graduan di UNIVERSITI RAMADHAN

Korang jangan risau, Universiti ni tak payah guna duit lansung. Satu sen pun tak payah.
Korang hanya perlu beribadah je. Buat apa yang Allah suruh elak apa yang Allah larang. Senang je kan. 
Ok. Kita as a muslim, kita ada satu bulan yang mana bulan ni sangat hebat. Bulan yang penuh berkat.
Of course la bulan RAMADHAN.

Waktu ni lah kita nak perbanyakkan ibadat kita. Waktu ni la kita nak rebut pahala yang berganda-ganda. 
Bukan senang kita nak dapat bulan ni. Setahun sekali je. Tu pun belum tentu tahun depan kita dapat lagi masuk Universiti Ramadhan ni.

Allah tu memang Maha Penyayang. nak tau kenapa ??
Jawapannya sebab waktu bulan Ramadhan ni ibadah yang sunat bila kita buat, dia punya pahala sama dengan pahala wajib.Tu baru ibadah yang sunat, benda yang sunat kita buat. Kalau yang wajib lagi la.

Sekarang nak kongsi macam mana nak jadi graduan yang cemerlang.
Cara-caranya ialah :

1. Mestilah kita kena banyak beribadah. Bila cakap ibadah ni bukannya solat saja ibadah. Kita berlajar tu pun di kira beribadah. Kita jangan skopkan ibadah tu pada solat ja.

2. Banyakkan selawat ke atas Nabi.

3. Baca Quran. Banyak pahalanya tau. Jangan asyik fikir ' tak naklah baca Quran nanti haus '. Disebalik haus tulah ada ganjaran yang menanti kita. Satu huruf kita baca, Allah bagi kita 10 pahala. Tak ke banyak tu. tu kalau satu huruf. Kalau satu muka ? mestilah lagi banyak. Kalau rajin, cuba kira satu muka tu berapa huruf.

4. Jaga mata. Jangan tengok benda yang tak sepatutnya. Orang yang tulis ni pun sama. Maklumlah banyak tengok tv. Tapi kita cuba kurangkan ok.

5. Jaga mulut. Ni untuk chek kiah kat luar sana tu. Jangan la asyik nak mengata orang. Kesian mulut tu. Allah ciptakan mulut, bukan untuk cakap benda yang tak baik. Tapi Allah suruh kita sentiasa basahkan mulut kita ni dengan bertasbih, bertahmid dan banyak lagi.

6. Jaga telinga. Jangan suka dengar orang mengumpat.

Semoga kita semua boleh jadi graduan yang cemerlang tahun ni ok :)
Selamat beramal.





No comments:

Post a Comment

Harsh words is not allowed !